Pengikut Blog Yang Pelik-pelik Ada

Isnin, 14 November 2011

[Cool] 10 Bangunan Paling Besar Di Dunia

pelaburan hartanah yang paling besar dan menelan belanja yang tersangat mahal. Anda pasti terfikir bahawa berapa banyakkah jumlah wang dan pelaburan yang dibelanjakan untuk membina bangunan sebegini sehingga tersenarai dalam 10 bangunan paling besar di dunia.

10.Suvarnabhumi Airport


tekan read more untuk baca selanjut nya...




9.Hong Kong International Airport




Hong Kong International Airport atau lebih dikenali sebagai Chek Lap Kok Airport ini merupakan antara lapangan terbang paling sibuk di dunia. Ia merupakan lapangan terbang yang paling utama di Hong Kong. Bangunan lapangan terbang ini mempunyai keluasan 570.000 m² dan sebahagian besar dindingnya dibuat daripada kaca. lapangan terbang ini merupakan yang kedua tersibuk dalam proses pemindahan muatan kargo di dunia. 

8.K-25


K-25 merupakan bangunan yang merupakan sebuah pusat pengeluaran / penguraian uranium dan penyelidikan nuklear di Tenesse, Amerika Syarikat. Bangunan ini dibina pada tahun 1945 dan kos pembinaannya dikatakan berjumlah hampir 512 USD dolar. Luas bangunan ini adalah sekitar 609,000 m² dan mempunyai bangunan berbentuk seperti U.

7.Pentagon


Merupakan bangunan yang menjadi markas tentera dan pusat operasi bagi Amerika Syarikat. Adalah tidak menjadi satu kehairanan jika pentagon memiliki kawasan yang sangat luas kerana ada banyak simpanan senjata dan pelbagai teknologi ketenteraan di bangunan Pantagon, Amerika Syarikat ini. Luas keseluruhan bangunan ini dikatakan mencapai 610,000 m².

6.Palazzo Hotel


Kedudukan keenam tidaklah menjadi masalah kerana ia masih menjadi milik Amerika Syarikat juga, namun kali ini bangunan ini bukanlah markas atau bangunan tentera seperti Pentagon. Bangunan ini ialah grand hotel dan kasino yang terletak di Amerika Syarikat iaitu Palazzo Hotel. Ia merupakan sebuah bangunan yang mewah dengan pembinaan ciri kelas pertama. Luas bangunan ini mencapai 645,581 m².

5.Berjaya Times Square


Bangunan ini merupakan pusat beli belah dan hiburan yang terkenal dan terbesar di Malaysia. Terdiri daripada hotel dua hingga ke lima bintang, pusat membeli belah, pejabat dan sebagainya yang mewah. Luas bangunan ini hampir 700 000 m².

4.Venetican


Dibina oleh Sheldon Adelson yang merupakan syarikat pelaburan hotel. Ia merupakan salah satu destinasi perlancongan serta perjudian dunia. Tempat ini memenuhi semua keperluan pelancong seperti kasino, hotel, pusat beli belah dan sebagainya. Keluasan bangunan ini berada dalam lingkungan 980 000 m².

3.Beijing International Airport


Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, China ini merupakan lapangan terbang yang terpenting di China. Lapangan Terbang ini, menduduki carta nombor lapan dalam senarai lapangan terbang tersibuk di dunia dan merupakan lapangan terbang yang kedua terbesar di dunia. Kawasan lapangan terbang ini menjangkau 986,000 m²

2.Flower Auction


Merupakan sebuah pusat khas berkaitan bunga yang terbesar di dunia. Berjuta-juta bunga yang dipetik akan disimpan disini seterusnya dipasarkan ke Belanda dan ke seluruh Eropah. Luas kawasan pusat ini hampir 990,000 m².

1.Dubai International Airport


Merupakan lapangan terbang yang paling terbesar di dunia. Mempunyai 180 check-in kaunter, 97 eskelator, 157 lif, ruang letak kereta yang dapat menampung 2600 buah kereta dalam satu-satu masa. Bangunan ini mendapat tempat pertama kerana mempunyai pelaburan tanah terbesar di dunia dengan jumlah luas bangunannya yang mencapai 1,500,000 m²


Read more...

Ahad, 13 November 2011

6 Penemuan Arkeolog paling canggih zaman silam

Mungkin ada di antara kita yang percaya bahawa mahluk asing itu wujud di muka bumi ini. Walau bagaimanapun sehingga ke hari ini, tiada kesahihan yang nyata bahawa mereka itu wujud dikalangan kita. Selain daripada video amatur yang menjadi bukti kewujudan mereka, ada juga peninggalan arkeologi lama yang mempunyai kaitan tersendiri dengan kewujudan mereka. Berikut antara 6 penemuan arkeologi purba yang mempunyai kaitan dengan mahluk yang bukan berasal daripada bumi ini.

1. Anticythère Mechanics



tekan red more untuk baca selanjut nya 





Pada tahun 1900, sebuah logam yang telah membentuk batu yang berusia sekitar 2000 tahun ditemui disebuah kapal yang karam di kepulauan Antikythera, Greece. 50 tahun kemudian, bahan arkeologi tersebut dilihat dengan sinar-X dan mereka mendapati bahawa benda tersebut merupakan sebuah alat mekanik (gear) seperti mekanik pada jam tangan. Penemuan ini menimbulkan tanda tanya buat para ahli arkeologi kerana pada masa itu bangsa yunani tidak akan mungkin dapat membuat benda mekanik serumit itu.

2. Piramid Teotihuacan


Menurut legenda, pyramid Teotihuacan dibina oleh Tuhan bagi menunjukkan tanda bahawa Bumi pernah dihancurkan. Peradaban seperti Aztec, Maya, India kuno serta Arizona Utara percaya bahwa dunia ini sudah dihancurkan sebanyak 4 kali pada masa lalu. satu oleh ais, satu oleh api, satu oleh air, dan satu oleh gempa bumi, dan pyramid Teotihuacan merupakan salah satu dari masa-masa itu.

3. Nazca airport


Para ahli arkeologi telah menyimpulkan bahawa Garis-garis Nazca dihasilkan atas sebab-sebab tertentu, kerana simbol-simbol tersebut dapat dilihat dari angakasa lepas. Namun yang paling baru adalah spekulasi bahawa garis-garis Nasca adalah sebuah landasan untuk pesawat, kerana mempunyai garisan yang panjang lurus. Bahkan disebuah bukit terdapat garis menyerupai jalan yang nampaknya susah untuk dibuat dengan menggunakan peralatan yang sedia ada dan lebih-lebih lagi di kawasan berbukit.

4. Catatan Kuno Tentang Piring Terbang Di India


Dalam catatan india kuno yang berusia 5000 tahun, terdapat sebuah kenyataanb yang menakjubkan tentang piring terbang, pada waktu itu mereka mengenal benda tersebut dengan nama Rukma Vimana. Malah dalam naskah tersebut juga menceritakan bagaimana peperangan dengan mesin-mesin terbang yang menghancurkan seluruh kota.

5. Piring Terbang Di Jepun


Seperti di India, di Jepun juga terdapat catatan kuno yang menggambarkan adanya piring terbang wujud disana.

6. Lukisan Gua Di Italia, Amerika dan Australia




Di salah sebuah gua di Itali, terdapat lukisan purba yang berusia ribuan tahun tentang dua orang yang menggunakan topi kapal angkasa. Di Amerika Syarikat disebuah bukit sego canyon di Utah, terdapat lukisan-lukisan aneh di dindingnya yang berupa makhluk-makhluk yang memiliki antenna dikepala serta memakai topi, sama seperti yang ditemukan di Australia. Jika lukisan-lukisan dinding ini adalah gambaran para manusia purba pada masa itu, darimana mereka dapatkan inspirasi atau idea 
bentuk-bentuk seperti itu?


sumber: Wujud

Read more...

Sabtu, 12 November 2011

[Cool] Aiskrim diperbuat daripada Air susu Ibu

Sebuah kedai ais krim di London lain dari pada lain,betapa tidak kedai ini menjual ais krim terbuat dari air susu.Icecreamists,yang berlokasi di Covent Garden,menamakannya Baby Gaga dan dijual pada harga 14 pound.

Victoria Hiley,35 tahun,dari Leeds,menyatakan 30 auns air susu cukup untuk melayani 50 pesanan.Namun perusahaan itu mencari lebih banyak perempuan untuk stok air susu dan mereka memberikan 15 pound untuk setiap 10 auns yang dihasilkan melalui pam payudara.

Resepinya mencampurkan air susu dengan vanila Madagaskar dan perasa lemon,yang kemudian dicurahkan ke ais krim.Pelayan berkostum Baby Gaga melayani permintaan ais krim itu dalam gelas martini yang diisi dengan campuran ais krim air susu.

Nitrogen cair kemudian dituangkan ke gelas melalui suntikan dan diberikan dengan roti panggang.Pesanan itu dapat disertai dengan wiski atau koktail lain sesuai pesanan.Salah seorang ibu mengatakan,“Saya melihat iklan yang akan membayar wanita yang menderma air susu di sebuah forum dan membuat saya tertawa”.

“Begitu banyak komen dan orang-orang berdebat apakah ianya asli.Oleh kerana itu saya ingin mencari tahu,” ujarnya.13 wanita telah sukarela mendermakan air susu mereka.Untuk menjaga standard tinggi,pemeriksaan dilakukan terhadap kesehatan air susu ibu sama dengan yang digunakan NHS untuk memeriksa penderma darah.

Victoria Hiley bekerja bersama dengan wanita yang memiliki masalah menyusui bayi mereka.Dia mengatakan dirinya percaya jika orang dewasa menyadari betapa lazatnya air susu,ibu-ibu baru akan lebih bermotivasi untuk menyusui bayinya.“Anda dapat membuktikan bahwa ini adalah ais krim yang sehat”,kata Victoria.

untuk gambar tekan read more.







sumber: Wujud

Read more...

Kapal yang besar vs risiko yang besar

Korang pernah terfikir tak macam mana kereta import dibawa masuk ke negara kita? Kalau minyak dibawa oleh kapal tangki, kontena dibawa oleh kapal kontena, tapi kapal apa yang membawa kereta? Kapal pembawa kereta atau RORO (roll on-roll off) direka khusus untuk membawa kenderaan tidak semestinya hanya kereta, malah boleh dimuat juga dengan pelbagai jenis kenderaan lain seperti bas, lori dan lain-lain.

Jumlah kereta mampu dimuat penuh dalam kapal ini tidak kurang daripada 5000 buah dan mampu mencapai 8000 buah kereta pada setiap perjalanan. Korang boleh kenal kapal-kapal macam ni dengan rupa bentuk yang tinggi dan kadang-kadang nampak macam kotak yang terapung, he3.







dalam kapal

Tetapi bawa kereta dengan kapal ada juga risikonya, bayangkan kapal terbalik akibat dipukul ribut taufan macam gambar kat bawah nie. Walaupun setiap kenderaan diikat supaya tetap pada kedudukannya, tapi kemungkinan kenderaan akan rosak tetap ada.





sumber:Wujud

Read more...

Jumaat, 11 November 2011

Emas




Emas sering kali dijumpai dalam bentuk tulen dan ia tidak bergabung dengan unsur lain seperti logam-logam mineral yang lain contohnya besi ditemui dalam bentuk ferum oxide dan Magnesium pula bergabung dengan sulfur membentuk magnesium sulfat. Emas berada dicelah-celah lapisan batu samada gumpalan besar, tetapi kebiasaannya emas ditemui dalam bentuk serpihan kecil di celah batu kuarza,yang berasal daripada punca-punca tersebut. Emas tersebar dengan meluas dari puncak ke kaki bukit akibat kesan jerapan didalam batuan, dan biasanya termendap didalam batu kuartza

Ah sudah, pening nak sebut nama pelik-pelik batu2 ni. Tapi yang bestnya bayangkan anda sedang mengorek bukit untuk mencari air bukit, tiba2 ada sebiji batu jatuh terhempuk didepan anda (bukan hempuk kepala ) pada batu itu, terdampar sekilauan ketulan emas seberat beberapa tan! , wah! jadi apa anda akan buat? hebohkan kepada umum? masuk paper nak jadi famous? atau teruskan korek secara rahsia? saya pilih option yang last, korek sendiri dan jual maka saya boleh jadi kaya cepat. Siapa taknakkan?

Baiklah kali ini saya hanya ingin berkongsi keadaan logam emas yang ditemui didalam batu. Emas boleh ditemui dimana-mana tetapi jumlahnya sangat sedikit, dalam pelbagai bentuk dan formation.


ni adalah ketulan nugget emas dari Alaska, permukaan batuan emas kuartza ini seperti batu ditepi sungai (bulat dan tidak tajam), mungkin disebabkan batu ini berada di kawasan aliran air sungai, Logam emas yang diheret oleh arus laju, mungkin termendap pada permukaan batu yang poros dan melekat disitu.



Batuan emas pelik ini berasa dari Icabaru, Venezuela di Amerika Selatan. Emas ini ditemui dalam bentuk lapisan. Biasa disebut sebagai Graded Bedding. Lapisan demi lapisan emas ini terhasil dari gerakan kerak bumi yang berlaku pada tempat yang sama. setiap lapisan mengandungi kualiti emas yang yang berbeza.


Batuan kristal ini mengandungi emas dalam jumlah yang kecil. yang menariknya, didalam batu kristal, emas tersebar dalam bentuk seperti lumut, emas melekat pada celah kerak dan permukaan batuan kristal. Kedua-dua mineral ini sangat mudah untuk diasingkan.


Didalam batu marmar pula, emas biasanya terselit didalam lapisan akibat dari proses sedimentary rock (Lithification), emas terperangkap didalam batuan marmar dan terkumpul disitu untuk suatu tempoh yang lama


Emas dalam bentuk batuan aneh seperti tanduk Ram (Kambing gurun), bentuknya sangat unik dan tiada keterangan yang jelas bagaimana formasi ini terjadi dan harganya sangat mahal.


Anda pernah jumpa batu kuartza putih macam ini? ia berselerakan dimana-mana, saya selalu bermain batu macam ini semasa di Felda Cheneh dan Felda Gua Musang dahulu, x sangka, dalam batu kuartza putih ni pun boleh ditemui emas. Ia berada pada urat-urat emas batu kuartza putih. Jenis ini mungkin banyak di Malaysia.


Batu kuartza hitam ini mengandungi iron oxida. logam emas yang berselerakan dicelah batu lebih tertumpu kepada kawasan rekahan yang dekat dengan iron oxida (hitam). Batu ini sangat kaya dengan emas dan pyrite.


Kristal emas tulen paling biasa dijumpai dalam bentuk oktagon, spesimen yang digali dari lombong emas di California menunjukkan bentuk emas sebenar diperolehi secara semulajadi.


Emas yang dijumpai didalam string gerudi semasa proses carigali. Saya jangkakan batu ini adalah quartza, bitumen, batu keras yang hitam mungkin beberapa ratus meter dibawah dasar bumi.


yang terakhir, saya nak share batuan “emas” yang di jumpai di sebuah kuari di Pendang, Kedah pada awal tahun ini, selepas kajian dijalankan logam yang dikatakan “emas” tersebut terbukti adalah Pyrite(pyrite biasanya digunakan untuk membuat emas palsu). Anda nampak tak sebarang perbezaan diantara batu mengandungi emas dan batu mengandungi Pyrite?



sumber: http://www.hargaemas.com.my

Read more...

Sabtu, 15 Oktober 2011

UV tattoos (13 gambar)
















p/s: macam-macam dia orang ni....


Read more...

Derma Untuk Pelik klik Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Traffic Widget

IP