Pengikut Blog Yang Pelik-pelik Ada

Isnin, 14 November 2011

[Cool] 10 Bangunan Paling Besar Di Dunia

pelaburan hartanah yang paling besar dan menelan belanja yang tersangat mahal. Anda pasti terfikir bahawa berapa banyakkah jumlah wang dan pelaburan yang dibelanjakan untuk membina bangunan sebegini sehingga tersenarai dalam 10 bangunan paling besar di dunia.

10.Suvarnabhumi Airport


tekan read more untuk baca selanjut nya...




9.Hong Kong International Airport




Hong Kong International Airport atau lebih dikenali sebagai Chek Lap Kok Airport ini merupakan antara lapangan terbang paling sibuk di dunia. Ia merupakan lapangan terbang yang paling utama di Hong Kong. Bangunan lapangan terbang ini mempunyai keluasan 570.000 m² dan sebahagian besar dindingnya dibuat daripada kaca. lapangan terbang ini merupakan yang kedua tersibuk dalam proses pemindahan muatan kargo di dunia. 

8.K-25


K-25 merupakan bangunan yang merupakan sebuah pusat pengeluaran / penguraian uranium dan penyelidikan nuklear di Tenesse, Amerika Syarikat. Bangunan ini dibina pada tahun 1945 dan kos pembinaannya dikatakan berjumlah hampir 512 USD dolar. Luas bangunan ini adalah sekitar 609,000 m² dan mempunyai bangunan berbentuk seperti U.

7.Pentagon


Merupakan bangunan yang menjadi markas tentera dan pusat operasi bagi Amerika Syarikat. Adalah tidak menjadi satu kehairanan jika pentagon memiliki kawasan yang sangat luas kerana ada banyak simpanan senjata dan pelbagai teknologi ketenteraan di bangunan Pantagon, Amerika Syarikat ini. Luas keseluruhan bangunan ini dikatakan mencapai 610,000 m².

6.Palazzo Hotel


Kedudukan keenam tidaklah menjadi masalah kerana ia masih menjadi milik Amerika Syarikat juga, namun kali ini bangunan ini bukanlah markas atau bangunan tentera seperti Pentagon. Bangunan ini ialah grand hotel dan kasino yang terletak di Amerika Syarikat iaitu Palazzo Hotel. Ia merupakan sebuah bangunan yang mewah dengan pembinaan ciri kelas pertama. Luas bangunan ini mencapai 645,581 m².

5.Berjaya Times Square


Bangunan ini merupakan pusat beli belah dan hiburan yang terkenal dan terbesar di Malaysia. Terdiri daripada hotel dua hingga ke lima bintang, pusat membeli belah, pejabat dan sebagainya yang mewah. Luas bangunan ini hampir 700 000 m².

4.Venetican


Dibina oleh Sheldon Adelson yang merupakan syarikat pelaburan hotel. Ia merupakan salah satu destinasi perlancongan serta perjudian dunia. Tempat ini memenuhi semua keperluan pelancong seperti kasino, hotel, pusat beli belah dan sebagainya. Keluasan bangunan ini berada dalam lingkungan 980 000 m².

3.Beijing International Airport


Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, China ini merupakan lapangan terbang yang terpenting di China. Lapangan Terbang ini, menduduki carta nombor lapan dalam senarai lapangan terbang tersibuk di dunia dan merupakan lapangan terbang yang kedua terbesar di dunia. Kawasan lapangan terbang ini menjangkau 986,000 m²

2.Flower Auction


Merupakan sebuah pusat khas berkaitan bunga yang terbesar di dunia. Berjuta-juta bunga yang dipetik akan disimpan disini seterusnya dipasarkan ke Belanda dan ke seluruh Eropah. Luas kawasan pusat ini hampir 990,000 m².

1.Dubai International Airport


Merupakan lapangan terbang yang paling terbesar di dunia. Mempunyai 180 check-in kaunter, 97 eskelator, 157 lif, ruang letak kereta yang dapat menampung 2600 buah kereta dalam satu-satu masa. Bangunan ini mendapat tempat pertama kerana mempunyai pelaburan tanah terbesar di dunia dengan jumlah luas bangunannya yang mencapai 1,500,000 m²

1 ulasan:

  1. Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pun antara bangunan terbesar kt dunia ni..

    BalasPadam

Derma Untuk Pelik klik Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Traffic Widget

IP