Pengikut Blog Yang Pelik-pelik Ada

Khamis, 26 Mei 2011

Himpunan sejuta belia




Hari ini akan bermulalah satu himpunan anak-anak muda Malaysia dari seluruh negara berkumpul dan berkampung di Putrajaya. Bahang kehangatan sudah semakin panas. Dari Perlis sampai ke Johor, Sabah dan Sarawak terus ke Labuan.semuanya sudah mengorak langkah menuju ke Putrajaya menjayakan HIMPUNAN SEJUTA BELIA.

Inilah masa yang dinantikan! Berkumpul,bersatu,persahabatan, setiakawan dan semangat semuanya disatukan dalam memartabatkan BELIA MALAYSIA.

Khabarkan kepada seluruh alam bahawa himpunan ini bukan himpunan 'suka-suka' tetapi himpunan yang menjadi langkah awal dalam kita mendabik dada sedikit masa lagi untuk menjadi NEGARA MAJU DAN BERPENDAPATAN TINGGI MENJELANG TAHUN 2020

Ayuh sahabat semua.sebarkan dan hebahkan akan himpunan ini.Sama-sama kita ke Putrajaya berkongsi segalanya dengan shaabat2 belia dari seluruh negara.

20 segmen utama dan 200 acara/aktiviti disediakan. Layariwww.haribelianegara.org.my untuk info-info berkaitan.
Serta Layari video2 sepanjang Hari Belia Negara diwww.ytvmalaysia.blogspot.com

Mohon di panjangkan kepada rakan2 serta kaum keluarga yang lain..

Terima kasih. JUMPA DI PUTRAJAYA. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Derma Untuk Pelik klik Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Traffic Widget

IP