Pengikut Blog Yang Pelik-pelik Ada

Khamis, 9 Jun 2011

mesin masa wujud ke??

siapa john titor dan mesin perentas waktu? (info menarik)

aku pasti korang pernah tengok cerita ....


dan banyak lagi.... cerita2 ni berkaitan ngan mesin merentas masa. aku memang berminat ngan cerita2 ni. terutamanya back to the futures. so kat sini aku nak citer pasal john titor.

john titor pernah masuk kedalam forum di internet pada tahun 2001 dan beberapa forum lg yg aku belum cari. dia mendakwa yg dia pengembara masa (time traveller). forum tu sangat menarik sbb dia menceritakan bagaimana perasaan org tua dia bila dia berjumpa. walaupun org tua dia boleh menerima dia tapi dia masih tak dapat menerima hakikat anaknya dari masa depan berjumpa dia walaupun bapa dia sendiri dah membelek2 mesin waktu tu.dia juga berjumpa dgn diri dia sendiri pada 2001 waktu tu umur dia 3 thn. dia cakap dia tak ingat waktu umur 3 thn dia pernah berjumpa dengan diri dia dari masa depan. org tua dia pun pada masa depan tak pernah tau atau ingat pernah berjumpa dia pd 2001.

john titor lahir pada 1998 di florida dan telah menjadi askar. pada tahun 2036 dia ditugaskan untuk kembali ke tahun 1975 untuk mengambil komputer IBM series5100 sebuah komputer lama yg mengikut dia komputer mampu mengatasi masalah komputer yg dihadapi pd tahun 2036. dia singgah di tahun 2001 untuk bertemu keluarga dan mengambil beberapa maklumat, gambar dan beberapa barang pribadi yg hilang pada perang dunia ketiga pada tahun 2015.

dia juga ada 3 peraturan yang tak boleh dilanggar ketika mengembara. seperti tak boleh memberitahu perkara yg dapat merubah seseorang contohnya sepatutnya org tu patut mati tapi disebabkan kalau dia bgtau org tu tak mati seperti gempa bumi, pengeboman, perjudian juga dan beberapa rule lain yg ditetapkan oleh kerajaan dia. kalau dia membunuh org pada masa lepas dan kembali ke tahun 2036 dia juga tak terlepas hukuman bunuh.

banyak lg perkara yg sangat menarik tentang john titor. dia memberitahu bahawa syarikat besar seperti microsoft yahoo dan beberapa syarikat lain dah tak wujud waktu tu. banyak juga perkara saintifik yg dia katakan mengenai merentas masa. bagaimana perjalanan dia dari thn 2036, bagaimana mesin waktu dia mendapat tenaga. dan banyak perkara tentang kehidupan, etnik, agama yg ada pada thn 2036. bagaimana susah nak dpt anak pd thn tu. perang yg akan berlaku. dia juga pernah menggunakan nick name timetraveller_o.

kalau korang berminat pasal ni apa kata korang kaji pasal mamat ni dan aku boleh update kat sini dari 1 hingga seterusnya apa maklumat tentang john titor.

dengarnya keluarga john titor dah keluarkan buku mengenai anaknya






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Derma Untuk Pelik klik Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Traffic Widget

IP