Pengikut Blog Yang Pelik-pelik Ada

Selasa, 7 Jun 2011

Asal Usul Saku Kecil Di Seluar Jeans Levis



Pernah tidak terlintas di dalam fikiran anda, kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian sebelah kanannya?. Selintas lalu, saku kecil ini tidak ada fungsinya selain hanya sekadar untuk menambah gaya pemakainya, atau mungkin merupakan ciri khas seluar jeans.

Namun, dari saku kecil comel inilah sebenarnya kita boleh membaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss ini pada tahun 1880 iaitu lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) sebelum ini dicipta pada tahun 1872. Permulaannya, jeans hanyalah sejenis tekstil, kain jeans pertama kali dibuat di Genoa pada Itali tahun 1560an. Kain seluar ini biasa digunakan oleh angkatan laut.

Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan "bleu de genes", yang bermaksud biru Genoa. Walaupun tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans mula dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahun yang beradu nasib ke San Francisco sebagai peniaga pakaian.

Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas. Akan tetapi, ketika sampai di California semua barang niaganya telah habis terjual, kecuali sebuah khemah yang diperbuat daripada kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa helai seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas.

Dan ternyata para pekerja lombong menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tidak mudah koyak. Lalu beliau memperolehi sebuah idea, maka Strauss pun mula menyempurnakan "penemuannya" itu dengan menempah stok bahan dari Genoa yang disebut "Genes", yang kemudiannya diubah oleh Strauss menjadi "Blue Jeans".

Di sinilah bermulanya para pekerja lombong bertambah minat terhadap seluar buatan Strauss dan "menobatkan" seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan sebutan "those pants of Levi` s "atau" seluar Si Levi ".

Sebutan inilah yang menjadi jenama dagang pertama seluar jeans di dunia. Bisnes Strauss yang kukuh telah membawa pengusaha berjaya Jacob Davis untuk bekerjasama dengannya dan pada tahun 1880 kerjasama itu telah melahirkan kilang seluar jeans pertama di dunia. Dan produk rekaan mereka yang pertama adalah "Levi's 501".

Alasannya:

Produk rekaan pertama sememangnya dikhususkan untuk para pekerja lombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan. Kerana ia diperuntukkan untuk para pelombong, saku ini tentu sahaja dibuat bukan untuk bergaya semata-mata.

Tetapi saku kecil ini direka untuk menyimpan butiran-butiran emas yang bersaiz kecil. Meskipun kini jeans dihasilkan dalam pelbagai jenama dan bukan hanya untuk para pelombong sahaja, tetapi saku kecil ini masih tetap terus ada. Dan tentu sahaja sekarang fungsinya tidak lagi hanya digunakan sebagai tempat untuk menyimpan butiran emas.


3 ulasan:

Derma Untuk Pelik klik Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Traffic Widget

IP