Pengikut Blog Yang Pelik-pelik Ada

Jumaat, 8 Julai 2011

Makan Ayam Mentah-Mentah

Miskaulah, 38 tahun seorang warga Dusun Janganasem, Desa Trompoasri, Kecamatan Jabon, Sidoarjo, Indonesia mempunyai habit yang sangat luar biasa. Sejak dari kecil, wanita ini gemar memakan binatang secara hidup-hidup sehinggakan beliau tidak berselera untuk memakan makanan lain. 



"Memakan perut ayam boleh membuatkan saya kenyang, apatah lagi darah ayam yang rasanya manis-manis dan panas. jikalau sekarang, setiap hari saya hanya menghabiskan dua ekor ayam. Dibandingkan sebelumnya, setiap hari saya akan menghabiskan 5 ekor." kata Mama Pretty,nama samaran beliau yang juga seorang DJ radio di Tanggulangin, Sidoarjo.

Namun Mama Pretty mengakui bahawa tabiat memakan ayam secara hidup-hidup membawa banyak masalah bagi beliau. Ini kerana jika dia tidak memiliki wang, dia terpaksa memakan ayam-ayam milik saudara-saudaranya di belakang rumah. Namun, saudara-saudara beliau cukup memahami tabiat pelik Mama Pretty ini.  



"Kadang-kadang, kalau saya tidak mempunyai wang, ayam di belakang rumah milik saudara-saudara saya itu saya akan makan. Mereka pun tahu, kerana saya memang menginginkannya. Kalau sehari tidak dapat memakan ayam, badan saya akan rasa lemah dan tidak bertenaga," kata wanita yang memiliki dua orang anak.


Soal rasa, menurut Mama Pretty, memang daging dan darah ayam lebih lazat meskipun beliau juga suka memakan ular. Beliau pernah keracunan ketika memakan ular hidup-hidup kerana bisa di dalam ular tersebut. Sejak dari itu, beliau jarang memakan ular dan lebih memilih untuk memakan ayam hidup.


"saya juga memakan ular, dan saya terpaksa membelinya dari penjual. Kalau dibandingkan antara daging ayam dan ular,ternyata ayam lagi sedap. saya pernah keracunan ketika menyantap daging ular ketika kelas 1 SMA. tidak tahu ular apa yang saya makan waktu itu. tetapi selepas memakan ular itu wajah saya membengkak," jelas Mama Pretty.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Derma Untuk Pelik klik Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Traffic Widget

IP