Pengikut Blog Yang Pelik-pelik Ada

Selasa, 26 Julai 2011

Tempurung Kelapa Dan Sotong Kurita


Aneh betul kelakukan sotong penghuni perairan Indonesia ini. Berbeza dengan kebiasaan jenis kurita yang lain, ia menggunakan tempurung kelapa sebagai tempat perlindungannya. Ini satu penemuan menarik yang baru pertama kali diketahui. Australia Coconut Octopus yang berkelakuan pelik itu ditemui oleh para peneliti Australia. Mereka mendokumentasikan sotong kurita ini dari spesies Amphioctopus marginatus, yang memilih dan menggunakan tempurung kelapa yang terbenam ke dasar laut sebagai rumah perlindungan mereka. isi kelapa tersebut mereka makan terlebih dahulu, kemudian tempurungnya dijadikan tempat perlindungan dan akan dibawa ke mana  sahaja ia pergi. persamaan tingkah laku sotong ini juga sama dengan hermit crab yang menggunakan kerang sebagai tempat perlindungannya.

Julian Finn dan Mark Norman, ilmuwan dari Muzium Victoria di Melbourne telah mengamati tingkah laku pelik mahkluk laut itu dalam siri penyelaman ke wilayah perairan Sulawesi Utara dan Bali antara tahun 1998 dan 2008. penemuan mereka itu disimpan dalam jurnal Current Biology.





Finn mengatakan bahawa dia pernah menyaksikan sotong kurita yang menggunakan tempurung kerang sebagai tempat persembunyian di dasar laut. tetapi baru kali ini terdapat sotong kurita yang memanfaatkan tempurung kelapa.
sotong ini memang gemarmenggunakan objek-objek asing sebagai tempat perlindungannya. Ini menjadi panduan baru bahawa sotong kurita pun telah “belajar” untuk menggunakan alat bantuan (peralatan), yang belum pernah tercatat dalam kehidupan mahkluk invertebrata. penemuan menarik yang lainnya adalah sotong ini memanfaatkan kelapa yang sudah terbelah dua (mungkin bekas belahan kelapa yang dibuang / terbuang oleh orang ke laut) dan menggunakannya sebagai pelindung atas dan bawah badannya.





penemuan ini akan membuka pemahaman kita bahawa bukan hanya manusia sahaja yang boleh “belajar” dari pengalaman dan akalnya, akan tetapi sotong kurita juga.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Derma Untuk Pelik klik Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Traffic Widget

IP