Stacey Herald, 35, hanya 2kaki 4 inci tinggi, dan anak ketiga yang sedang dikandungkan akan menjadi separuh daripada saiz badannya apabila dia dilahirkan. Doktor dari Kentucky di Amerika Syarikat memberitahunya bahawa kehamilan boleh membunuhnya. Tetapi dia dan suaminya menegaskan bahawa anak-anak mereka yang lahir adalah hadiah dari tuhan.
Beliau berkata: "Kami tidak merancang untuk mempunyai lebih daripada dua cahaya mata, kami hanya berfikir bahawa mereka adalah hadiah yang besar kepada dunia, dan apabila saya melihat mereka, saya melihat harapan dan perasaan cinta dan sayang yang menggunung , amat sukar untuk mengatakan tidak kepada kehamilan dan cahaya mata lagi "
Dia mengalami Osteogenesis Imperfecta, yang menyebabkan tulang rapuh dan paru-paru tidak berkembang dgn baik, yang bererti badannya gagal membesar dengan sempurna. Keadaan ini memaksa beliau untuk menggunakan kerusi roda untuk bergerak.







Sumber : wujud
Tiada ulasan:
Catat Ulasan