Pengikut Blog Yang Pelik-pelik Ada

Jumaat, 11 November 2011

Emas




Emas sering kali dijumpai dalam bentuk tulen dan ia tidak bergabung dengan unsur lain seperti logam-logam mineral yang lain contohnya besi ditemui dalam bentuk ferum oxide dan Magnesium pula bergabung dengan sulfur membentuk magnesium sulfat. Emas berada dicelah-celah lapisan batu samada gumpalan besar, tetapi kebiasaannya emas ditemui dalam bentuk serpihan kecil di celah batu kuarza,yang berasal daripada punca-punca tersebut. Emas tersebar dengan meluas dari puncak ke kaki bukit akibat kesan jerapan didalam batuan, dan biasanya termendap didalam batu kuartza

Ah sudah, pening nak sebut nama pelik-pelik batu2 ni. Tapi yang bestnya bayangkan anda sedang mengorek bukit untuk mencari air bukit, tiba2 ada sebiji batu jatuh terhempuk didepan anda (bukan hempuk kepala ) pada batu itu, terdampar sekilauan ketulan emas seberat beberapa tan! , wah! jadi apa anda akan buat? hebohkan kepada umum? masuk paper nak jadi famous? atau teruskan korek secara rahsia? saya pilih option yang last, korek sendiri dan jual maka saya boleh jadi kaya cepat. Siapa taknakkan?

Baiklah kali ini saya hanya ingin berkongsi keadaan logam emas yang ditemui didalam batu. Emas boleh ditemui dimana-mana tetapi jumlahnya sangat sedikit, dalam pelbagai bentuk dan formation.


ni adalah ketulan nugget emas dari Alaska, permukaan batuan emas kuartza ini seperti batu ditepi sungai (bulat dan tidak tajam), mungkin disebabkan batu ini berada di kawasan aliran air sungai, Logam emas yang diheret oleh arus laju, mungkin termendap pada permukaan batu yang poros dan melekat disitu.



Batuan emas pelik ini berasa dari Icabaru, Venezuela di Amerika Selatan. Emas ini ditemui dalam bentuk lapisan. Biasa disebut sebagai Graded Bedding. Lapisan demi lapisan emas ini terhasil dari gerakan kerak bumi yang berlaku pada tempat yang sama. setiap lapisan mengandungi kualiti emas yang yang berbeza.


Batuan kristal ini mengandungi emas dalam jumlah yang kecil. yang menariknya, didalam batu kristal, emas tersebar dalam bentuk seperti lumut, emas melekat pada celah kerak dan permukaan batuan kristal. Kedua-dua mineral ini sangat mudah untuk diasingkan.


Didalam batu marmar pula, emas biasanya terselit didalam lapisan akibat dari proses sedimentary rock (Lithification), emas terperangkap didalam batuan marmar dan terkumpul disitu untuk suatu tempoh yang lama


Emas dalam bentuk batuan aneh seperti tanduk Ram (Kambing gurun), bentuknya sangat unik dan tiada keterangan yang jelas bagaimana formasi ini terjadi dan harganya sangat mahal.


Anda pernah jumpa batu kuartza putih macam ini? ia berselerakan dimana-mana, saya selalu bermain batu macam ini semasa di Felda Cheneh dan Felda Gua Musang dahulu, x sangka, dalam batu kuartza putih ni pun boleh ditemui emas. Ia berada pada urat-urat emas batu kuartza putih. Jenis ini mungkin banyak di Malaysia.


Batu kuartza hitam ini mengandungi iron oxida. logam emas yang berselerakan dicelah batu lebih tertumpu kepada kawasan rekahan yang dekat dengan iron oxida (hitam). Batu ini sangat kaya dengan emas dan pyrite.


Kristal emas tulen paling biasa dijumpai dalam bentuk oktagon, spesimen yang digali dari lombong emas di California menunjukkan bentuk emas sebenar diperolehi secara semulajadi.


Emas yang dijumpai didalam string gerudi semasa proses carigali. Saya jangkakan batu ini adalah quartza, bitumen, batu keras yang hitam mungkin beberapa ratus meter dibawah dasar bumi.


yang terakhir, saya nak share batuan “emas” yang di jumpai di sebuah kuari di Pendang, Kedah pada awal tahun ini, selepas kajian dijalankan logam yang dikatakan “emas” tersebut terbukti adalah Pyrite(pyrite biasanya digunakan untuk membuat emas palsu). Anda nampak tak sebarang perbezaan diantara batu mengandungi emas dan batu mengandungi Pyrite?



sumber: http://www.hargaemas.com.my

2 ulasan:

  1. dlu aku slalu berangan-angan harap2 blakang umah aku tu pusu anai-anai bertukar menjadi emas....tapi apakah daya..pusu tetap pusu...

    BalasPadam
  2. salam..saya mempunyai batu kuartza hitam dan terdapat emas di beberapa tempat..sudah lama saya menyimpannya..persoalannya, bagaimana utk menjual batu tersebut dan dengan siapa saya boleh berurusan? harap dapat membantu..

    0122790044 - mazlan

    BalasPadam

Derma Untuk Pelik klik Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Traffic Widget

IP